Ceramah Ust. Sidek Noor di Surau TJI

Salam semua, pada 25 Mei 2010 baru ni, surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah telah menjemput ust. Sidek Noor untuk mengisi slot ceramah bulanan pada bulan Mei 2010. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun kereta yg ustaz naiki ada sedikit masalah, temperature naik sampai air kering, tapi semuanya selamat sampai ke TJI, Alhamdulillah.


Jom tengok gambar-gambar yg. sempat di ambil oleh wartawan kita semasa hari ceramah tersebut. Bagi mereka yg tidak dapat hadir, kami sediakan rakaman MP3 ceramah beliau, anda boleh download dari link di bawah.

































Sila klik di sini untuk download MP3 ceramah...

Terima kasih

Ikan Keli Yang Haram dimakan!

Salam semua, kepada penggemar ikan keli, di sini ada sedikt info yang sangat berguna. Rupanya ikan keli yang dipelihara oleh bukan melayu telah diberi makan bahan-bahan dari sumber yang haram, tanpa kita sedari. Jadi, hati-hatilah bila membeli ikan keli, pastikan ikan yang dibeli itu dari peliharaan orang islam. Jom baca info menarik ini untuk membezakan keli yg. halal & keli yg haram.



Haram
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi berwaspadalah ketika membeli ikan keli...

Terima kasih

Honda Lancar MPV Terbaru - FREED!

Salam semua, Baru-baru ini Honda telah melancarkan model MPV terbarunya, Honda FREED. Wow! memang mengancam. Harganya juga boleh tahan, hanya RM113k sahaja. Menggunakan keupayaan enjin 1.5, ia sesuai kepada mereka yg meminati MPV. Jom lihat gambar model terbaru dari Honda ni. Sapa berminat boleh order...ha...ha..









Klik di sini untuk DOWNLOAD brosur FREED...

Terima kasih

Pembinaan Pondok Rukun Tetangga!

Assalamualaikum, terima kasih kepada kawan-kawan kita yang telah berjaya membina pondok RT walupun belum siap sepenuhnya.(Nak tumpang berteduh tu boleh dah).

Jika cukup peralatan dan barang2, rasanya dah siap dah haritu, tapi papan tidak cukup, jadi terpaksa ditangguhkan seketika. Berikut gambar yang sempat diambil, jom tengok...



























Gambar penulis tak ada dalam tu sebab penulis yg ambil gambar, rugi betoi jadi camera man ni...

Terima kasih

Perlawanan Persahabatan Badminton - Tmn Ilmu!

Pada 7 Mei 2010, kelab badminton Tmn Jawi Indah telah mengadakan perlawanan persahabatan badminton dengan taman ilmu, wow! Impressive... Satu perlawanan yang penuh dramatic.

Keputusannay tidak mendukacitakan kerana kita telah berjaya mengikat kedudukan dengan mata 3 sama. Jom tengok aksi-aksi menarik yg sempat dirakam.














Ni gambar yg. aku ambil, sebab tu tak der gambar aku, Jard, mana gambar yg kor ambil kami tengah main, sila email .

Terima kasih

Sumbangan AJK Surau Kepada Pemilik Rumah Terbakar.

Pada 3 Mei 2010, selepas solat Isyak, AJK Surau Taman Jawi Indah telah melawat rumah yg. terbakar dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mangsa.

Terima kasih kepada mereka yang turut serta menziarahi rakan setaman yang terbakar rumahnya akibat litar pintas elektrik. Jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil.