Sumbangan KRT Kepada Pemilik Rumah Terbakar.

Pada tanggal 22 Mac 2010, lebih kurang jam 10.30 pagi bersamaan dengan hari Isnin, sebuag rumah di Tmn Jawi Indah telah mengalami kebakaran. Pada ketika kejadian, masing-masing bekerja di pejabat. Mujurlah ada sahabat kita yang free) waktu itu (mungkin bekerja shift malam) sempat membantu menyelamatkan harta benda seperti kereta dll...


Kebakaran dikatakan berpunca daripada talian elektrik dari kipas angin di dalam bilik dan merebak kepada atas syiling hingga kayu alang hitam akibat kebakaran, mujurlah atap rumah tidak runtuh.

Sehubungan itu, pihak KRT rasa terpanggil untuk menghulurkan sumbangan setakat termampu bagi meringankan beban yang ditanggung. Maka, pengerusi KRT, En. Jamal serta rombonannya telah melawati rumah tersebut seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kewangan berbentuk cek kepada mangsa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh photographer (Nazri).

































Terima kasih

Sahabat Kita Masuk Hospital

Salah seorang sahabat kita telah masuk hospital pada 21 Mac 2010 kerana sakit yang pada mulanya kurang pasti. Macam-macam cerita di dengar dari sembang kedai kopi sampai tak tahu mana satu yang betul.

Jadi untuk kepastian, kami telah berkunjung ke Lam Wah Ee tengah hari tadi.


Sebelum kami melawat beliau, sehari sebelum tu, ramai kawan2 kita telah ziarah Rodhi di Pulau Pinang termasuk lah, Jard, Nazri, Cikgu Wadi, Jamal dan Halim.

Kemudian, tadi kami (Meor, Man dan Bun) sempat melawari saudara Rodhi di Lam Wah Ee, nak tengok perkembangan kesakitan yang beliau alami. Ada yang kata hampir lumpuh, ada yang kata badan tak boleh nak gerak, kaki dan tak berfungsi, sakit tulang belakang, sakit saraf dan macam-macam.





































Yang sebetulnya beliau mengalami sakit tulang belakang yang menyebabkan kesakitan untuk duduk & berdiri. Masa kami sampai tadi beliau sedang menjalani latihan berjalan di Gimnasium hospital berkenaan. Mudah-mudahan semua akan ok, InsyaAllah.
















Selain itu, kami sempat juga pekena kari ikan sembilang di Jelutong, wow...terangkat...

Nama-nama lain Bagi Al-Quran

Al-Quran merupakan panduan utama umat Islam. Namun, disebalik Al-Quran, terdapat lagi nama-nama lain bagi Al-Quran yang mungkin kita ketahui atau sebaliknya.

Jom kita tengok apa nama-nama lain bagi Al-Quran dan maksud nama-nama tersebut, semoga memeberi manfaat kepada semua.



Al-Kitab (buku)Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (QS. Al-Baqarah [2]:2)

Al-Furqan
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al-Qur'an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (QS. Al Furqaan [25]:1)

Adz-Dzikr (pemberi peringatan)Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (QS. Al Hijr [15]:9)

Al-Mau'idhah (pelajaran/nasehat)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus [10]:57)

Asy-Syifa' (obat/penyembuh)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus [10]:57)

Al-Hukm (peraturan/hukum)Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah. (QS. Ar Ra'd [13]:37)

Al-Hikmah (kebijaksanaan)
Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). (QS. Al Israa' [17]:39)

Al-Huda (petunjuk)Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al-Qur'an), kami beriman kepadanya. Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan. (QS. Al Jin [72]:13)

At-Tanzil (yang diturunkan)
Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, QS. Asy Syu’araa’ [26]:192)

Ar-Rahmat (karunia)
Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. An Naml [27]:77)

Ar-Ruh (ruh)
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ruh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al-Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS. Asy Syuura [42]:52)

Al-Bayan (penerang)(Al-Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Ali Imran [3]:138)

Al-Kalam (ucapan/firman)Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At Taubah [9]:6)

Al-Busyra (kabar gembira)Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (QS. An Nahl [16]:102)

An-Nur (cahaya)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang. (Al-Qur'an). (QS. An Nisaa' [4]:174)

Al-Basha'ir (pedoman)Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. (QS. Al Jaatsiyah [45]:20)

Al-Balagh (penyampaian/kabar)
(Al-Qur'an) ini adalah kabar yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (QS. Ibrahim [14]:52)

Al-Qaul (perkataan/ucapan)Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al-Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran. (QS. Al Qashash [28]:51)

Terima kasih


Jom Cuba MS Office 2010 Beta Version - PERCUMA!

Perisian MS Office 2010 versi Beta telah dikeluarkan dan anda boleh cuba menggunakannya dengan percuma.

Bagi anda yang tertunggu-tunggu perisian terkini dari Microsoft, inilah masanya yang paling sesuai untuk mencuba fungsi terbaru dalam Office 2010 ni...




Jom sama-sama kita cuba perisian baru ni. Saya pun baru download, install dan nak cuba. Agaknya apa fungsi terbaru yang menarik yang membezakannya dengan versi sebelumnya.














Download di sini

Download, jangan tak download, lepas tu beri komen mengenainya di sini ok.

TQ

Sejauh Mana Kita Faham Mengenai Alam Semesta?

Pada 23 Februari lalu, saya berpeluang menghadiri kursus ESQ Leadership di Tabung Haji P.Pinang, dan antara perkara yang menarik sepanjang kursus itu adalah dipertontonkan beberapa kebesaran Allah yang kita sendiri tidak terfikir, antaranya Apa yg. kita faham mengenai alam semesta, adakah kita hanya membayangkan planet bumi sahaja, atau sistem solar sahaja. Jom, saksikan klip video ini dan fahami dengan sebenar perkataan semesta alam.




dan klip video ini



Saksikanlah, bahawa betapa kerdilnya diri manusia...