Ceramah Maulidur Rasul 1431 Hijrah Taman Jawi Indah


Sabtu 20hb Feruari 2010 bersamaan dgn 6 Rabiulawal 1431, Surau Al Mustakim Taman Jawi Indah SPS telah menganjurkan program ceramah Maulidur Rasul. Penceramah yang di jemput khas kali ini ialah Ustaz Shahul Hameed An Naqsyabandy dengan tajuk Kehidupan Beragama Teras Pembangunan Ummah Masakini.























































Program di mulakan dengan gotongroyong menyediakan juadah ( kenduri ) dengan di kepalai oleh Pak Tam Jawi Tekong tukang masak. Seawal jam 9 pagi lagi sudah ada beberapa orang ahli kariah yang datang ke surau. Makanan siap di masak sebaik masuk waktu Asar.Terima kasih di atas sumbangan semua.
Majlis ceramah malam itu di mulai dari selepas solat Maghrib dengan Majlis Tahlil dan Doa Selamat yang di ketuai oleh Pengerusi Surau TJI Cikgu Haji Shahrizal Ayub dan di ikuti dengan jamuan makan.
Ustaz Shahul tiba lebihkurang pukul 9.50 malam kerana Ustaz ada kuliah Maghrib di Alma.
Antara yang menarik di dalam ceramah Ustaz, beliau memberitahu tentang rahsia khusyuk solat ada 20 dan satu dari nya ialah makanan harian kita terutama dari mana sumbernya.
Banyak yang Ustaz sentuh pada malam itu dan Ustaz akhiri ceramah dengan memanggil kesemua anak-anak yang hadir untuk di bacakan doa keatas mereka seorang demi seorang.


Terima kasih

Makan Besar di Medan Satey Junjung, Kulim.

Upacara makan satey di Medan Satey Junjung Kulim bermula sejurus selepas tamat mesyuarat ke-2 AJK Surau Al-Mustaqim, Tmn Jawi Indah.

Kalau tak silap bertarikh 12/2/2010, game Bandminton terpaksa dibatalkan pada malam tu, tetapi makan satey tak dibatalkan, so ke Junjung la kami.








































Google Lancar Laman Sosial Terbaru!

Hari ini Google telah melancarkan laman sosial pertamanya melalui akaun gmail yg. dinamakan sebagai Google Buzz.Ia lebihkurang seperti facebook, myspace, twitter dan lain-lain. Jom kita tengok apa yg menarik mengenai Google Buzz ni.


Google Inc (Google) semalam memperkenalkan rangkaian laman sosial dalam talian yang dikenali Google Buzz bagi menarik pengguna akaun Gmail yang ramai dan pelayar web seluruh dunia.

Google Buzz dilancarkan bagi menyaingi laman sosial dalam talian popular sedia ada iaitu Facebook, Twitter dan Myspace.

Dikatakan hampir sama dari segi operasinya dengan tiga laman sosial sedia ada itu, Google Buzz membantu pengguna berkongsi pesanan, berhubung web dan gambar bersama kenalan dengan segera terus melalui akaun Gmail.

Pengguna juga boleh memilih sama ada mahu mendedahkan maklumat kepada semua pengguna lain atau antara rakan tertentu dalam laman sosial itu.

Kemampuan tambahannya, ia boleh dihubungkan dengan peranti tertentu seperti iPhone.

Dengan memperkenalkan Google Buzz melalui akaun Gmail, Google berharap ia adalah titik tolak kepada syarikat gergasi itu kukuh dalam rangkaian sosial.

Pengurus Produk Google, Todd Jackson berkata, ketika ini, Gmail yang diperkenalkan syarikat itu adalah laman e-mel ketiga paling popular di dunia.

"Kami mempunyai paling ramai pelawat atau pengguna selepas Microsoft Corp. Windows Live Hotmail dan Yahoo Inc. Mail.

"Jumlah pelawat atau pengguna kami seramai 176.5 juta orang pada Disember lalu," katanya.

Pada masa ini, Buzz tidak boleh menyiarkan mesej yang datang dari Facebook yang kini merupakan rangkaian sosial nombor satu dunia dengan 400 juta pengguna aktif