Download Windows 7 Tranformation Pack - PERCUMA!

Dah hampir 2 bulan windows 7 dilancarkan oleh Microsoft, anda dah dapatkan ker windows versi terbaru ni? Kalau untuk mencuba, rasanya lebih elok kita install skin windows 7 pada Win XP dulu, try dulu interface dia lepas tu baru tahu macam mana.



Apa benda Download Windows 7 Tranformation Pack ni? Ya, ia merupakan software yang akan menjadikan komputer kita seolah-olah macam menggunakan windows 7, sedangkan kita hanya menggunakan Win XP jer.

Enginnyer adalah win XP tetapi kulitnya adalah windows 7. Semua button, ikon, windows, toolbar dll akan ditukar seperti windows 7. Ok lah, tak payah sembang panjang, kat ner nak download tool ni. Klik jer link kat bawah tu, dan anda terus dibawa kepada download page. Hah, download sekarang.

Download windows 7 transformation pack di sini...

Password - www.stuffheaven.com

Moga anda happy dengan kulit baru windows XP anda ni.

TQ

Tanda-tanda Haji Mabrur

Menunaikan haji ke Makkah menjadi kewajipan bagi mereka yang berkemampuan. Beruntunglah mereka yang menjadi tetamu Allah SWT tahun ini. Tentunya sudah mempersiapkan diri dari awal lagi hingga memasuki hari berangkat ke Tanah Suci kerana ibadat haji memerlukan suatu pengorbanan rohani, jasad dan juga harta.


Jemaah haji yang menunaikan ibadat haji sebenarnya berhadapan dengan untung nasib mereka di akhirat. Mereka meninggalkan pakaian yang berjahit, menitiskan air mata keinsafan di Padang Arafah, melaungkan kata-kata taubat dan penyesalan dengan semua bahasa manusia yang ada di bumi ini. Bersama-sama bermalam di Mudzalifah, berlumba-lumba melontar Jamrah serta berusaha tawaf dan bersaie tanpa mengenal erti penat dalam menghadapi rintangan dan cabaran ketika mengerjakan haji.

Setiap orang yang menunaikan haji pastinya mengharapkan untuk mendapat haji mabrur. Sabda Rasulullah SAW, “Haji mabrur itu tiada balasan yang lain kecuali syurga.” Hadis Abu Hurairah. Orang yang menunaikan ibadat haji dengan sempurna akan mendapat haji mabrur.

Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah SWT. Orang yang memperoleh haji mabrur semakin kuat imannya serta meningkat amal ibadatnya.

Tidak mudah untuk mendapatkan haji mabrur, sebagaimana yang dikatakan Umar bin al-Khattab, yang menyatakan ramai yang hanya makan angin (melancong) sedangkan yang melakukan haji sedikit. Ini bermakna ramai yang mengerjakan haji tetapi sedikit saja yang benar-benar melakukan ibadat haji dan memahami setiap amal ibadat haji sehingga memperoleh haji mabrur.

Setiap orang yang mengerjakan ibadat haji sebenarnya mengunjungi tempat paling suci di dunia ini. Maka mereka haruslah berusaha agar haji yang diperoleh tidak tercemar selepas pulang ke tanah air. Ibadat haji yang dilakukan memberinya peluang untuk membuat perubahan yang baik untuk dirinya.

Kesannya, kehidupan beragama akan bertambah serta kuat beriltizam dengan amalan Islam. Mereka ini menjadi contoh dalam kehidupan harian. Apabila seseorang itu bergelar haji, bertambahlah tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Mereka mesti menunjukkan perilaku baik, bertutur dengan kata-kata yang manis serta menahan diri daripada mengeluarkan kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Hendaklah bertegur sapa dengan orang di sekeliling dan berbudi bahasa dengan semua orang.

Perubahan pada jemaah haji yang pulang dapat dilihat dari kelakuannya. Jika dulu pemarah sudah bertukar menjadi pemaaf. Menjadi seorang yang pemurah serta suka bersedekah jika dahulunya kedekut. Menjadi seorang yang berbudi bahasa jika dulunya jenis yang suka memaki hamun orang. Juga berubah menutup aurat jika dahulunya tidak kisah tentang hal tersebut.

Sebaliknya, jika sekembalinya dari menunaikan haji, masih juga melakukan dosa besar, takbur dan tidak beramal dengan amalan Islam, ia memberi tanda haji dikerjakan itu tidak mabrur.

Jika ibadat hajinya tidak membawa apa-apa perubahan, ini bererti tidak ada pengajaran yang diambil. Jika sifat buruk, syirik dan keji masih ada dalam dirinya, maka itu menunjukkan bahawa hajinya tidak mencapai matlamat. Ada yang pergi menunaikan haji untuk mendapatkan gelaran dalam lingkungan masyarakat sekelilingnya. Niat yang begini sudah pasti tidak akan mampu membawa apa-apa perubahan pada dirinya.

Haji mabrur yang diterima oleh Allah bagaikan seseorang itu baru keluar (dilahirkan) daripada perut ibu iaitu tidak berdosa. Apa yang penting haji mabrur bukan sekadar membawa perubahan pada diri, tetapi juga mampu membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat.

JAIS Tidak Dakwa Dr.Asri


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang.

Beliau tiba di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini. Bagaimanapun menjelang jam 1 tengah hari, beliau dibebaskan dengan jaminan Jais selepas menunggu pihak pendakwaan hampir empat jam di situ.



Sebelumnya, ketika bercakap kepada media di luar mahkamah, Dr Asri berkata pihak berkuasa agama itu menahannya tanpa sebab dan kini sedang memikirkan apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan.

Sementara itu ketua unit perhubungan awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani memberitahu Malaysiakini melalui telefon bahawa Dr Mohd Asri akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.

"(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat," kata Mohd Hidayat.

Dr Mohd Asri diwakili dua peguam, Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais.

Sewaktu mereka menyemak dengan pihak pendaftar mahkamah tersebut, tiada pertuduhan difailkan terhadap anak guam mereka itu.
Aktivis NGO terkenal Datuk Marina Mahathir turut hadir di mahkamah, selain ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib turut hadir.

Zuraida dan Saari berada di tempat kejadian sewaktu Dr Mohd Asri ditahan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang (foto kanan).

Menurut laporan Bernama tengah malam tadi, Dr Mohd Asri dilaporkan ditahan semasa berceramah kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh polis serta pegawai Jais dan kemudian dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk Zuraida dan Saari, lapor agensi berita itu lagi.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin Jais, Dr Mohd Asri merancang bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Jais dijangka akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini petang ini.