Promosi Harga Proton di Arab Saudi!

Proton menjadi kemegahan rakyat Malaysia, kerana ia adalah kereta pertama nasional. Tapi mengapa harganya terlalu tinggi, dah macam kereta import. Sempena Ramadhan ni, proton buat promosi besar-besaran, jom kita tengok berapa harga proton di Arab Saudi...





























Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi pada rakyat kita? Apa istimewanya orang Arab?

Dimana slogan yg. selalu dilaung-laungkan, 1Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94


Bermakna:-

Maknanya

Harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…


Apa pendapat anda?

Mayat Baca Yasin!

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia. Klik untuk kethui ceritanya...


Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Ubat dari Sumber BABI di Pasaran Malaysia

Sekarang ni banyak produk telah dikenalpasti mengandungi sumber-sumber yang haram terutamanya dari BABI, dan kini muncul pula penemuan terbaru mengenai kandungan ubat-ubatan yang mengandungi sumber BABI yang ada di pasaran Malaysia. Jom kita semak...


Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia


1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine (Heparin) . Diharap saudara Islam kita
berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke
dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran
kandungan yang ada dalam ubat tersebut.. Kalau ada senarai yang lain ... akan
diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..


Honda Stream Baru akan dilancarkan!

Tak lama lagi Honda akan melancarkan model Stream terbarunya, wow. Memang sesuai sangat la, raya pun dah nak dekat ni. Kalau pakai Honda Stream baru raya tahun ni, memang mengancam. Ok, jom kita tengok gambar model ni...









Majlis Berbuka Puasa TJI

Alhamdulillah, Taman Jawi Indah telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kariahnya pada tahun ini pada 6/9/2009, ramai yang datang mengimarahkan majlis tersebut seterusnya mengadakan sunat tarawih selepas Isyak. Majlis dimulai dengan membaca Yassin, Bertahlil dan seterusnya Berbuka. Klik untuk lihat gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut.












































Terima kasih

Kesilapan / Ketidaksempurnaan Dalam Ibadat


Sejak dari dulu hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus. Tak pernah jemu mendengar ceramah beliau... Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:


1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri t ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca n i, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalamsembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan
dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh.. Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.. Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....

Renung-renungkanlah..

Mengenali kedai makan pakai pelaris haram

Zaman sekarang ni macam-macam kaedah pelaris digunakan untuk memajukan perniagaan masing-masing, sampai tak kira halal haram. Kat bawah ni ada beberapa tip macam mana kita nak tau sama ada kedai makan tu ada pelaris atau tidak. Jom baca...


Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka... Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Semoga penerangan ini bermanfaat.