Cerita Kayu Nasi Kandar!


I just came back from having dinner at Kayu nasi Kandar, Bukit Jambul. I paid for my rice...RM10.00 which has 1 pc of mutton and 1 pc of chicken. After eating halfway, I decided to request for more gravy (kuah). Guess what happenned!!



The guy serving asked..."you want RM1 or RM2 kuah?"
I said" I ordered rice and I just wanted a little more Kuah.
He now replied loudly and rudely "tadi, I sudah bagi cukup kuah. Mau lagi kena bayar!!"

Last week, I took my son there and we ordered Roti Canai. I requested a little sugar for my son as he did not like the curry. I was charged RM0.50 for a spoon of sugar!!

When they 1st open, the owner(an elderly man) came over to my table and was very polite. He even gave me some papadum free as a gesture and... he invited me to come over again. Nowadays, their attitude have changed. They have become very ARROGANT. Why?...business is too good . They have adopted the "TAKE IT or LEAVE" attitude. They have forgotten that the people ordering the food are their Customers.

SO?!!...pls try not to go there too often and help send this mail out and inform your friends.

Regards
Kayu Victim

Jenayah Ambil Tempat Makruf


Dari jauh saya membaca akhbar Malaysia merasa keadaan keamanan rakyat begitu
menakutkan. Jenayah-jenayah berat berlaku di sana sini. Pembunuhan, rogol,
rompakan, meragut dan berbagai lagi jenayah yang perit untuk membayangkannya.
Seseorang dalam negara kita sentiasa dalam kerisauan atau ketakutan untuk berjalan
bersendirian, atau membawa barangan berharga, atau memiliki harta mewah, sehingga
menggalas beg di bahu boleh mengancam nyawa. Seseorang bukan sahaja merasa tidak
selamat semasa di jalanan, bahkan merasa tidak selamat dalam rumahnya sendiri.



Rasa takut untuk membiarkan anak-anak bermain di hadapan rumah sendiri, apatah
lagi keluar bermain bersama kawan-kawannya. Penjenayah di sana-sini dengan segala
kekejamannya. Bahkan mereka juga mungkin dibela oleh peguam-peguam yang handal di
mahkamah. Parti politik yang 'kehausan kuasa' juga mungkin mengambil kesempatan
membela penjenayah, jika itu dilihat boleh dijadikan isu politik.


Hilanglah nikmat keamanan yang pernah kita kecapi dahulu. Juga mungkin Allah telah
menarik balik rahmat keamanan-Nya. Ia adalah satu bala yang besar dalam kehidupan
rakyat. Antara punca hal ini terjadi adalah kerana hilangnya penghayatan Al-Amr bi
al-Ma'ruf Dan al-Nahy 'An al-Munkar iaitu menyuruh kepada yang baik dan mencegah
mungkar (kejahatan). Tanggungjawab ini disebut oleh al-Quran dan al-Sunnah begitu
banyak. Antaranya Allah menyebut: (maksudnya) Dan orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain;
mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka
mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana. (Surah al-Taubah ayat 71). Perkataan mungkar sering disempitkan
tafsirannya oleh pemikiran sesetengah kita kepada perkara-perkara seperti zina,
minum arak, berjudi dan beberapa perkara lain yang 'sama spesis' dengan itu
sahaja.


Maka sesiapa yang menyertai operasi mencegah hal-hal ini sahaja yang 'dirasakan'
menunaikan tanggungjawab agama. Sementara kemungkaran lain seperti mengambil dadah
secara salah, mencuri, merosakkan harta awam, memaki hamun orang, berlumba haram
yang merbahayakan awam dan jenayah-jenayah lain dirasakan sebagai jenayah biasa
yang tiada kaitan dengan agama. Maka tindakan mencegah kesalahan-kesalahan ini
tidak dirasakan sebagai amalan soleh yang diperintahkan oleh agama. Ini mungkin
antara keburukan penyempitan fungsi mahkamah syariah dalam negara kita.


Bercanggah


Hasilnya, jemaah masjid mungkin membuat operasi tangkap khalwat, kononnya sebagai
kerja agama, tetapi membiarkan anak muda kampung yang sedang berkumpul menghisap
dadah atau ganja atau merosakkan harta benda awam. Jika ada pihak pejabat agama
yang pergi membuat 'operasi mengintip khalwat', dirasakan amalan soleh, walaupun
itu bercanggah dengan ajaran Islam.


Sementara kerja pihak polis atau 'rukun tetangga' mencegah jenayah yang merosakkan
masyarakat hanya dianggap sebagai tugasan biasa atau tanggungjawab sosial
semata-mata, tidak pula dinilai sebagai tanggungjawab yang diperintahkan oleh
Allah dan rasul-Nya. Kumpulan-kumpulan dakwah, atau organisasi Islami, atau
ceramah agama pun banyak tertumpu kepada maksud mungkar yang tidak begitu luas
seperti itu. Inilah antara kesempitan fahaman Islam yang berlaku secara tidak
sedar. Jika kita hendak menyatakan kesan pemikiran sekular dalam masyarakat kita,
inilah antaranya.


Kadang-kala apabila kita biarkan satu mungkar mengundang mungkar yang lain.
Umpamanya, kita kurang peduli anak muda di kampung atau taman kita yang menghisap
dadah. Mungkin kerana kita rasa itu tiada kena mengena dengan kita. Akhirnya,
kerana ketagihan, mereka menjadi pencuri, bahkan pembunuh seperti baru-baru ini.
Kita biarkan vandalisme apabila tiada kena mengena dengan harta kita, akhirnya
negara rugi dan mungkin satu hari harta kita juga menjadi mangsa.


Kita tidak tegur atau bantah perbuatan 'rempit', akhirnya kita atau orang yang
kita sayangi menjadi mangsa. Ibn 'Abbas ketika menafsirkan firman Allah Surah
al-Anfal ayat 25 (maksudnya): Dan jagalah diri kamu daripada fitnah yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi
akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab
hukumanNya berkata: (maksudnya) Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak
mengakui kemunkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan
azab ke atas mereka keseluruhannya. (Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa
Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam) Baginda Nabi saw pernah bersabda: Demi Tuhan
yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu,
kemudian kamu berdoa kepada-Nya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani). Untuk itu seseorang yang
melihat mungkar hendaklah berusaha mencegahnya dengan kadar kemampuannya. Sabda
Nabi SAW juga: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah
dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya
tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).


Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu
menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj
ayat 41: (maksudnya): Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Jika sesebuah kerajaan gagal
menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan
menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasul-Nya
kehendaki.


Justeru dicadangkan, dalam negara kita; kerajaan hendaklah berkempen mencegah
jenayah dari perspektif amar makruf dan nahi mungkar yang ditegas oleh Islam.
Operasi polis dan masyarakat hendaklah diajak masyarakat khususnya umat Islam
melihatnya sebagai tanggungjawab mulia agama. Demi menunaikan maksud tolong
menolong mencegah mungkar, rakyat dididik membantu polis atas kesedaran agama dan
kerajaan menjaga kebajikan anggota polis agar mereka dapat berfungsi dengan baik
adalah rangkaian tanggungjawab kerajaan dalam proses itu. Ini termasuk kenaikan
gaji polis dan penambahan anggota mereka.


Terhakis

Perlu diingat, pencemaran nama baik polis juga menyebabkan perasaan gerun
penjenayah kepada polis berkurangan. Hormat masyarakat juga terhakis. Maka,
kerajaan hendaklah memastikan amanah pihak polis dan bebasnya mereka dari tekanan
agenda mana-mana pihak. Demikian juga malanglah pihak polis jika disibukkan dengan
kerenah 'orang-orang politik' itu dan ini sedangkan urusan jenayah dan keselamatan
masyarakat sedang dalam keadaan getir. Buruklah sikap parti-parti politik jika
sibuk dengan keselamatan kerusi masing-masing sehingga lupa untuk membincangkan
keselamatan rakyat yang makin tergugat dengan peningkatan jenayah.


Satu perkara yang penting untuk kita sedar bahawa peningkatan jenayah adalah
disebabkan para penjenayah tidak merasa gerun dengan pemerintah atau undang-undang
yang ada. Hal ini kemungkinan disebabkan dua perkara; pertama, kerajaan atau
penguasa undang-undang dilihat tidak kukuh sehingga mereka merasakan peluang untuk
terlepas daripada hukuman itu luas.


Kedua, undang-undang yang ada belum cukup menggerunkan. Islam apabila menetapkan
'hudud' ia bersifat amat sukar untuk dijatuhkan, tetapi amat menggerunkan apabila
dilaksanakan. Dalam erti kata lain, hanya yang benar-benar bersalah tanpa alasan
sahaja yang akan dihukum dan hukuman itu pula benar-benar memberikan pengajaran
kepada penjenayah dan yang berniat melakukannya. Ya, kaedah hukuman dan cara
pelaksanaan mungkin boleh diubah berdasarkan perubahan zaman dan manusia. Namun,
kerajaan mestilah kembali kepada ajaran Islam dalam menghadapi jenayah. Seminar
dan perbincangan berdasarkan ajaran Islam dalam menghadapi jenayah mesti
dilaksanakan secara serius. Ini adalah tanggungjawab 'menegakkan yang makruf dan
mencegah yang mungkar' yang berada atas bahu kerajaan. Jika tidak, jenayah akan
menguasai makruf dalam negara kita.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Snek CRISPY Mengandungi Lemak BABI



SNEK JENAMA CRISPY KELUARAN SYARIKAT NETWORK FOODS INDUSTRIES SDN BHD
DIDAPATI MENGANDUNGI EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI...YANG
JELASNYA HARAM DIMAKAN OLEH UMAT ISLAM...





SILA LIHAT ATTACHMENT UNTUK RUJUKAN ANDA...

KALAU XBERAPA CLEAR....BOLEH BELI SENDIRI DAN TGK DIA PUNYA INGREDIENTS KT
PLASTIK TU...ADA (E476). SNEK CRISPY NI MEMANG DAH LAMA DIPASARAN, SEJAK DARI
KITA KECIK LAGI, DAH BANYAK KITA MAKAN. SO BILA DAH TAHU NI, JANGAN KITA PLAK
BELIKAN PADA ANAK-ANAK KITA.

SILA FORWARD UTK MEMBER2 YG LAIN...SAMA2 KITA MENJAGA KESUCIAN ISLAM...

Debat Nizar vs Zambry



25 May 2009 11:41AM PROSES perundangan dalam mencari penyelesaian kemelut politik
Perak, semakin hampir kepada kemuncaknya. Ini kerana proses mahkamah untuk
menentukan tuntutan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa beliau masih Menteri Besar
yang sah hanya tinggal di peringkat Mahkamah Persekutuan jika beliau ingin terus
merayu.

Agendadaily menerima banyak panggilan meminta siri Debat Agendadaily diadakan di
antara Nizar dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.



Sehubungan itu, pihak kami telah menghubungi Dr Zambry mengajukan soalan sama ada
beliau sedia atau tidak untuk berdebat dengan Nizar berhubung dengan kemelut
politik negeri Perak itu.

Menurut Dr Zambry, beliau pada prinsipnya tidak ada halangan dan sedia untuk
berhujah mengenai isu kemelut politik Perak melalui program debat yang hendak
dianjurkan.

“Saya tiada ada halangan. Pada prinsipnya saya setuju,” kata beliau.

Hari Sabtu semasa dalam perjalanan ke Penanti bagi membuat liputan penamaan calon
pilihan raya kecil DUN Penanti, Agendadaily kebetulan bertemu dengan Nizar di
kawasan rehat Bukit Merah, Lebuhraya Utara Selatan.

Kesempatan bertemu itu tidak dilepaskan dengan terus memberitahunya bahawa
Agendadaily bercadang untuk mengajurkan debat berhubung dengan isu politik negeri
Perak dan Dr Zambry pada prinsipnya telah menyatakan persetujuan beliau.

“Baguslah macam tu. Kalau beliau setuju saya pun tidak ada halangan, baik sangat
cadangan itu,” katanya sambil meminta agar debat itu diadakan selepas Muktamar PAS
awal Jun ini kerana beliau sibuk dengan persiapan untuk muktamar parti berkenaan.

Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh
Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk
Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang,
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di
Pulau Pinang.

Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh
stesen televisyen.

Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan
rundingan dengan stesen televisyen. Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan
direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009.

Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua
pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan
tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik.

Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana
kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing.
Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku.

Awasi Email dari Maybank!


Adakah anda menggunakan kemudahan Maybank2u? Ppernah menerima email dari Maybank?

Jika ya, anda perlu berhati-hati, kerana besar kemungkinan email itu bukan dari pihak Maybank.


Saya pernah terima email kononya dari pihak maybank yang meminta saya untuk memasukkan username & password untuk tujuan kemaskini dan macam-macam lagi. Klik atas gambar untuk lihat skrin lebih besar. Anda cuba lihat ayat yang ditulis di situ. Ejaan "because" jadi "becouse". Tak kan la pihak Maybank nak buat silap sesimple itu, nampak sangat penipu...

AWAS! Jangan login kerana jika anda berbuat demikian, pentadbir web tersebut akan dapat tahu username dan password anda. Ketahuilah saudara, bahawa pihak Maybank tak akan hantar email kepada pelanggannya jika ada masalah, mereka akan call atau pun hantar mesej melalui akaun maybank2u.

Lagi satu, akaun M2U saya tiada masalah, tetiba ja dapat akaun ni, setahu saya pihak maybank tak akan hantar email macam ni untuk tujuan support, biasanya kita yg kena call atau ke maybank cawangan terdekat. Tipu lagi...

Jadi awas, jangan jadikan diri anda sebagai mangsa penipuan cyber ini.

Terima kasih

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Petua bernas dari Ustazah Siti Nurbahyah mengenai hubungan di dalam rumah tangga terutamanya hubungan suami isteri. Kaedah 8P ini amat mudah untuk kita ikuti, mungkin ada yang telah kita laksanakan tanpa mengetahui fadilat disebaliknya.

Kalau tak dapat buat 8 pun, hanya sebahagian darinya pun kira dah cukup baik sebagai permulaan. OK, jom kita selami apa dia 8P tersebut...



Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"



TV Paling Nipis di Dunia

Salam semua,

Teknologi TV maju setapak lagi dengan penghasilan skrin paling leper di dunia oleh Syarikat LG. Baru jer beli TV LCD Flet Screen, kini dah keluar TV lagi nipis daripada tu. Maju sungguh teknologi la ni. Alamat lepas ni, TV LCD Flat sekarang ni akan jatuh harga la kot. Jom kita baca butirannya.



Syarikat Korea Selatan, LG Display hari ini mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencipta televisyen paparan kristal cecair (LCD) lebih nipis daripada sebatang pensil dan paling nipis di dunia.

Panel televisyen berukuran 42 dan 47 inci itu menggunakan sistem pencahayaan belakang diod pancaran cahaya (LED) yang membolehkan ia direka senipis 5.9mm, demikian menurut LG Display dalam kenyataannya.

Pengeluar televisyen LCD kedua terbesar dunia itu berkata, produk terbarunya itu hanya seberat 6.1 kilogram dan 7.3 kilogram, iaitu separuh daripada berat televisyen konvensional.
"Paparannya dapat menghasilkan warna seperti semula jadi dengan ketepuan sehingga 80 peratus," demikian menurut kenyataan itu.

Televisyen terbaru itu juga dikatakan dapat menghilangkan kesan pergerakan samar dan mempunyai resolusi definisi tinggi.

Naib Presiden Eksekutifnya, Chung In-jae berkata, produk terbaru menunjukkan teknologi terkini yang digunakan LG membolehkan rekaan televisyen ternipis direalisasikan.
LG Display dan pesaing tempatannya, Samsung, kini mendahului dunia dalam pengeluaran skrin panel rata di pasaran global dan sedang bersaing untuk menghasilkan panel lebih nipis untuk televisyen berdefinisi tinggi.

Terima kasih

Chiken Wing - Merbahaya!









Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...! A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.



A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation. During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth.. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings! People, who receive this email, please forward it to your friends and loved ones. I am sure no one wants to see him or her suffer!

TQ

Jeli Kulit Babi








Memang banyak jual...kat kedai runcit n pasar malam, juga mungkin bas2 sekolah yg ada jual sweets / candy jenis2 ni dalam bas dorang....pesan2 le pd anak2 kesian diorang...forward ye...jgn diabaikan bende2 ni.



Dah keluar dalam Harian Metro, tapi kot2 kita semua tak perasan atau tak baca. Jely nie banyak dijual secara sukat kat Airport, kedai2 jual gula2 dan dimana2 saja. Bagi tahu anak-anak kita, adik-adik yang suka makan coklat ni.

Mudah2an kita dapat mengambil perhatian.
Terima kasih


Beginilah kalau Tak Faham Bahasa Inggeris!

Salam semua,

Cuba anda lihat betul-betul insan yang sedang solat tu, yang berbaju hitam tu. Apa yang tertulis pada baju tersebut. Lihat betul-betul... (kalau tak nampak, klik atas gambar utk besarkan).






Dah nampak sekarang ? Agak2 sesuai tak baju tulisan macam tu dia pakai solat ?? Saya rasa anda pun tahu jawapannya. Mungkin pemuda ni pakai jer baju tu, tapi tak tahu apa makna tulisan dibelakangnya, kesian....

Janganlah jahil bahasa inggeris sampai macam tu sekali. Paling tidak pun kita kena tahu apa yang tertulis pada barang yang kita pakai. Semoga menjadi pengajaran pada kita semua.

Terima kasih

Babi Halal di Singapura?





















Salam semua,


Macam mana daging babi boleh halal aaaa ?? Ade yang halal dan yang haram ker ?? Jika itu persoalan yang timbul bila anda dengar isu ini, berhati-hati lah... Bahawasanya dalam Al-Quran terang-terang dinyatakan pengharaman babi, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Pendek sungguh akal dan pemikiran mereka-mereka yang percaya bahawa ada daging babi yang halal di singapura. Lagi satu penghinaan terhadap umat Islam seluruh dunia. Uniknya Singapura, hingga tak terkata laa.... Jom melancong ke Singapura. Iklannya sungguh mempesonakan...

Berhati-hati lah kepada yang bercadang nak melancong ke singapura...


Terima kasih

Antivirus AVIRA 9.0 dilancarkan - Percuma!


















Salam semua,

Antivirus Avira baru saja melancarkan versi 9.0, ada versi percuma dan premium. Bagi anda yang masih tercari-cari antivirus percuma yang power, boleh cuba antivirus ni, so far ok. Kalau yang dah pakai version 8.0, boleh upgrade ke version 9.0, free jer, tak kena bayar apa-apa pun.

Klik sini nak download

Terima kasih

Nizar MB Perak yang Sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.
"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?" "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.
Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.
Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.
Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.
Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN.

"Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.
"Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.

Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

"Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan.
"Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagi
Beliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil.
"Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras.
"Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb.

Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti.
"Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan.
"Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.

Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.
Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.

Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.
"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.
Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepasmengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.

Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.
"Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.

Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari.
Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.

Terima kasih

No Tel yang penting di Lebuh raya!

















Salam,

Jika anda diganggu atau ditimpa musibah di lebuhraya terus hubungi no no ini....walau bagaimana pun no 999 tetap boleh digunakan cuma no no tel ini terus ke kereta peronda....biasanya kalau kita call 999 dia org akan mintak no tel kita dan pusat operasi akan hubungi peronda dilokasi kita dan peronda akan hubungi kita melalui no no tel yg dibekalkan dlm kereta peronda....proses ini ambil masa hampir 15 minit....oleh itu terus jer call no no tel ini insyaallah mungkin peronda itu berada berhampiran kita.....print besar besar simpan dlm kereta atau save dlm handset kita.

Ni nombor nyer....

1. Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani - 013-3836002
2. Butterworth-Kulim-Bandar Baru - 013-3836003
3. Jawi-Changkat Jering-Ipoh - 013-3836005
4. Ipoh-Tapah-Tanjung Malim - 013-3837140
5. Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja - 013-3836009
6. Sungai Besi-Seremban-Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson 013-3837144
7. Ayer Keroh-Pagoh-Ayer Hitam - 013-3837143
8. Ayer Hitam-Senai-JB, Taman Perling-Tg Kupang -0133836016
9. KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang - 013-3836017
10.Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint - 013-3836018 Link)
11.KL-Karak - 019-3244010

Catat, jangan tak catat.

Sumbangan : Man

Panduan Keselamatan Tayar Kereta Anda!

Salam semua,

Panduan ni amat penting, tapi biasanya kita tak ambil pusing sangat benda-benda macam ni. Baru ni, saya baru jer tukar tayar kete 2 biji, memang saya cek tarikh manufactured dia bila. Bila cek, hujung 2008, kira ok la...Sebab belum sampai 1 tahun pun tayar tu.

Kekadang, pernah sekali tu, (dulu la) bila nak tukar tayar, pomen tu ambik tayar stok lama, bila saya cek tayar tu dah dekat 3 tahun selepas manufactured. So, apa lagi suruh tukar yg. baru skit la. Kekadang, depa memang bagi tayar yg. lama, sebab nak habiskan stok lama dulu.

So, lepas ni, bila nak tukar tayar, tolong cek benda-denda macam ni noooooo....Sapa nak tukar tayar, tukar la ni, sebab harga dah jatuh skit. Jom kita tengok panduan kat bawah ni.



Sumbangan : Jalil

Perodua MPV Baru!








































Sempena Minggu Saham Amanah baru2 ni di Johor, Perodua telah pamerkan gambaran rupa bentuk MPV pertama yang dijangka bakal bersaing dengan Exora keluaran Proton. Dijangkakan akan dilancarkan pada bulan November 2009, pada harga dalam lingkungan RM65k. Yang pasti, rupa MPV terbaru Perodua ini clone Toyota Passo Sette.
Terima kasih

Selsema Babi : Penyakit Ganjil Akhir Zaman

Salam semua,

Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.


Apa itu H1n1? Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.

“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi. Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung. Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara. World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengistiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa. Dapatkan cerita/ berita terkini dari sana dengan membaca suratkhabar Mexico. Anda akan tahu betapa seriusnya wabak ini. Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging babi.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)."

Terima kasih

Microsoft launches Windows Vista SP2 and Windows Server 2008 SP2



















Microsoft officially announced the Release of Manufacturing versions of Service Pack 2 of Windows Server 2008 and Windows Vista. The Service Pack 2 includes many updates. For example, one of the updates was support for emerging hardware standards. Service Pack 2 for Windows Vista and for Windows Server 2008 includes a single installer. It make easier the management and installation of SP2.

Let’s look through updates. Windows Vista SP2 became more comfortable to use. Now it includes Windows Search 4.0 for faster searches and native Blu-ray recording. Also SP2 includes Bluetooth 2.1 Feature Pack and Windows Connect Now. With Windows Connect Now users can set up Wi-Fi connection very easy. And this is not all. Windows Vista SP2 includes support for UTC timestamps in the exFAT file system. It allows users to synchronize file across time zones correctly.The information about changes in Windows Vista SP2 and in Windows Server 2008 SP is available on Microsoft’s site. Service Pack 2 will be available to the public later this spring.
TQ

Kilang Al-Quran

Saya tak pernah tengok pun kilang kitab suci Al-Quran, ni lah kali pertama saya dapat lihat dan kongsikan dengan anda. InsyaAllah sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kita bagaimana kitab Kalamullah itu dihasilkan.


















































Sumbangan : Din

Kenali Tanda Awal Cancer!

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar diketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak - sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar > menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

****sayangi diri anda sendiri kerana ia bermula dr diri sendiri...

Sumber : Din